|
Written by admin
|
|
Tuesday, 29 September 2009 |
|
13 JULAI 2009: Perkhemahan Link Peringkat Daerah Jempol dan Jelebu telah diadakan pada 13 hingga 15 Julai 2009 di Pusat Ko-Kurikulum (SMK. Jelai Lama), Bahau yang dikelolakan oleh SK.(F) Bandar Baru Serting dengan kerjasama J/Kuasa Teknikal PBSM Sek. Rendah PPD Jempol/Jelebu dan Unit VAD Cabang Jempol. Seramai 87 orang peserta dan 21 orang guru pemimpin telah terlibat dalam menjayakan perkhemahan ini. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang perkhemahan tersebut, antaranya ialah: i. Sejarah Palang Merah dan Bulan Sabit Merah ii. Pengenalan Pertolongan Cemas Junior iii. Kem Kraf iv. Malam Kebudayaan v. Aktiviti Kembara Malam vi. Kuiz PBSM Pkt Daerah Tahniah diucapkan kepada En. Nizamuddin bin Zaizakrani, Guru Besar SK. (F) Bandar Baru Serting dan barisan guru-guru pemimpin sekolah tersebut kerana telah berjaya mengelolakan perkhemahan link pada tahun ini. Perkhemahan ini juga merupakan julung-julung kali diadakan secara bersendirian tanpa bergabung dengan Unit Belia Sekolah Menengah. Majlis penutup perkhemahan telah disempurnakan oleh Encik Muttakal bin Haton, Penolong PPD Jempol / Jelebu.
|
|
Last Updated ( Tuesday, 29 September 2009 )
|