MENINGITISMeningitis ialah radang pada bahagian meninges iaitu selaput otak dan saraf tunjang. Penyakit ini disebabkan oleh jangkitan virus atau juga bakteria. Meningitis is a medical condition caused by inflammation of the protective membranes covering the brain and spinal cord, known collectively as the meninges. The inflammation is usually caused by infection with viruses, bacteria, or other microorganisms but may also arise due to certain drugs, or other diseases.Meningitis is potentially life threatening due to the inflammation’s proximity to the brain and spinal cord; it is therefore a medical emergency. Tanda-tanda awal serangan Meningitis: o Demam o Kurang selesa. o Enggan minum. o Sakit kepala. o Menangis berterusan. o Bunyi tangisan berubah - tangisan bernada tinggi. (”High pitch cry.”) Tanda akhir serangan Meningitis: o Muntah. o Sawan. o Menjauhkan diri daripada suluhan lampu atau cahaya terang. o Lemah. o Ruam seperti lebam-lebam. o Tidak sedar. Penyakit Meningokokal Meningitis meningokokal adalah radangan pada selaput sekeliling otak dan saraf tunjang dan boleh membawa kepada meningokokal septisemia (keracunan darah oleh bakteria meningokokus). Penyakit meningokokal disebabkan oleh bakteria meningococcus Neisseria meningitides. Penyakit Meningokokal berjangkit secara langsung menerusi titisan rembesan respiratori dari hidung dan tekak orang yang dijangkiti. Penyakit ini kebanyakkannya berlaku di kalangan kanak-kanak berumur bawah 5 tahun. Ia juga kerap berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja. Mereka yang mempunyai tahap imuniti yang rendah dan rapat dengan pesakit, pelancong yang melawat ke kawasan endemik di dunia juga mempunyai risiko yang tinggi. Tanda dan Gejala 5 %– 10 % adalah pembawa pembawa sihat yang tidak mempunyai gejala. Tanda-tanda dan gejala adalah seperti berikut: § Sakit kepala yang teruk § Demam § Loya § Muntah § Sakit tengkuk § Tidak boleh melihat cahaya § Ruam § Lain-lain tanda seperti mengantuk dan kebingungan (drownsiness & confusion) Komplikasi Berlaku Kematian: § 5 – 15 % kes dengan terapi sempurna § 50% tanpa rawatan § 20 % di kalangan pesakit yang selamat mengalami masalah saraf termasuk pekak dan lumpuh. Rawatan Antibiotik chemoprophylaxis (seperti pencegahan penyakit menggunakan antibiotik) adalah disyorkan kepada kontak rapat sahaja. Vaksinasi selepas jangkitan tidak berkesan. Pencegahan Vaksin meningokokal: § Vaksin ini dipanggil Meningococcal Quadrivalent Vaccine ACYW-135 Disyorkan kepada pelancong / pelawat yang ke kawasan endemic§ seperti Afrika, Amerika Selatan dan Asia Tengah termasuk Arab Saudi bagi mereka yang mengerjakan haji atau umrah. § Diambil 2 minggu sebelum melancong / melawat dan boleh bertahan kira-kira 3 – 5 tahun § Imunisasi secara rutin kepada kanak-kanak adalah tidak digalakkan. § Boleh didapati di hospital kerajaan, klinik bergerak, poliklinik dan klinik swasta Sejarah Meningitis meningokokal telah dijumpai sejak 100 tahun yang lalu dan hanya beberapa dekad yang lampau para saintis berjaya mencari penyelesaian untuk menghalang jangkitan tersebut. tarikh-tarikh di bawah merupakan hari penting dalam penerokaan ini. 1805 -jangkitan ini telah merebak secara meluas di Geneva, Switzerland dan merupakan kes pertama yang telah dilaporkan 1807 -penemuan bacteria pertama yang menyebabkan penyakit meningokokal ialah Neisseria Meningitidis 1990 -awal dekad pertama abad ke-20 menunjukkan seramai 75 hingga 80 peratus manusia yang dijangkiti meningokokal mati 1994 -penciptaan ubat terbaru Penicillin berjaya digunakan untuk merawat pesakit meningitis meningokokal 1978 -pengenalan terhadap vaksin pertama yang mampu memberi perlindungan untuk melawan penyakit ini 1990 -pakar perubatan telah mengenalpasti bahawa golongan remaja dan orang dewasa adalah berisiko tinggi untuk mendapat penyakit ini 1997 -American College Health Association (ACHA) telah mengesyorkan supaya pihak kolej dan universiti perlu mendedahkan mengenai risiko penyakit ini kepada pelajar dan ibu bapa serta memastikan semua pelajar didedahkan dengan vaksin 1999 -US military akademi dikehendaki untuk mengambil vaksin ini 2000 -Advisory Committee on Immunization Practice (ACIP) ialah sebahagian daripada Centres for Disease Control and Prevention (CDC) mengesyorkan semua pelajar untuk mendapatkan vaksin ini 2003 -New York menjadi negeri pertama yang mengeluarkan undang-undang untuk mengambil vaksin bagi pelajar sekolah 2005 -FDA telah memberi lesen untuk mengeluarkan vaksin meningokokal yang baru. ACIP mengesyorkan vaksin meningokokal kepada kanak-kanak berumur 11 hingga 12 tahun, pelajar yang memasuki sekolah tinggi dan mahasiswa tahun pertama.
|