|
PERTANDINGAN PERTOLONGAN CEMAS KEBANGSAAN 2010 |
|
|
|
|
Written by admin
|
|
Saturday, 23 January 2010 |
- SEREMBAN,23 Januari 2010: Pertandingan Pertolongan Cemas Peringkat Kebangsaan 2009 yang ditangguhkan pada tahun lepas akan diadakan semula pada tahun ini di tempat yang sama iaitu di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah pada 12 hingga 14 Mac nanti. Pihak BSMM Cawangan Negeri Sembilan dan IPK telah bersetuju untuk meneruskan program tersebut yang terpaksa ditangguhkan pada tahun lepas akibat wabak H1N1. Pelbagai persiapan telah dirancang dan akan dilaksanakan bagi menjayakan program ini terutama bagi pihak tuan rumah BSMM Cawangan N. Sembilan dengan bantuan IPK. Harapan kita agar program ini akan berjaya dijalankan dengan baik dan lancar dan mendapat sokongan semua BSMM Cawangan di seluruh Malaysia.
- Sekian, Harap Maklum
- Admin2...
|
|
Last Updated ( Saturday, 23 January 2010 )
|