A blog of all sections with no images
T-SHIRT BSMM BARU PDF Print E-mail
User Rating: / 1
Written by Ritakamal bin Mohamad Yunus   
Friday, 19 March 2010

T-SHIRT BSMM BARU

 

BANDAR SERI JEMPOL, 4 JUN : Bulan Sabit Merah Malaysia, Cabang Jempol akan mengeluarkan T-Shirt BSMM yang baru sebagai alternatif kepada t-shirt yang sedia ada di pasaran. Kepada semua ahli BSMM yang berminat, sila hubungi Encik Ritakamal bin Mohamad Yunus di talian 017-3501264 / 019-3661973 atau emailkan ke This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it untuk tempahan.

Harga setiap T-Shirt adalah seperti berikut:

      1. T-Shirt (Lycos) RM 26.00 (Lengan pendek) / RM 28.00 (Lengan panjang)

      2. T-Shirt (Cotton) RM 17.00 (Lengan pendek) / RM 19.00 (Lengan panjang)

(U.P. Bayaran tambahan sebanyak RM 7.00 bagi bayaran pos akan dikenakan bagi destinasi seluruh Semenanjung Malaysia) 

Setiap tempahan hendaklah melebihi 10 helai ke atas dan bayaran penuh ke akaun BSMM Cabang Jempol seperti berikut :

Akaun PBSM Cabang Jempol - No. 3982913711 (Public Bank Berhad - Cawangan Bahau)

Sertakan bukti-bukti bayaran kepada kami untuk membuat tuntutan T-Shirt.

Sekian, Harap Maklum... 

Last Updated ( Tuesday, 11 May 2010 )
 
KEMPEN PENAMBAHAN AHLI 2010 PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Written by admin   
Saturday, 23 January 2010

 

Kami BULAN SABIT MERAH MALAYSIA, CABANG JEMPOL mempelawa semua WARGANEGARA MALAYSIA yang berminat di dalam aktiviti kebajikan dan kesukarelaan untuk menyertai kami di dalam bahagian-bahagian berikut:

1. PASUKAN BANTUAN SUKARELA (18 - 23 TAHUN)

2. BAHAGIAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN (23 TAHUN KE ATAS)

Kepada yang berminat sila hubungi :

i.   EN. MOHD. NAZRUL - 0132613375 (PEGAWAI PASUKAN BANTUAN SUKARELA)

ii.  EN. KHAIRUL HAMIZAN - 0192367916 / 0178814531 (KOMANDAN PASUKAN BANTUAN SUKARELA)

iii. EN. RITAKAMAL - 0173501264 / 0193661973 (SETIAUSAHA KEHORMAT)

Atau anda boleh emailkan kepada kami di alamat This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

 

"KHIDMAT SUKARELA"

 

ADMIN...

Last Updated ( Monday, 07 June 2010 )
 
PERTANDINGAN PERTOLONGAN CEMAS KEBANGSAAN 2010 PDF Print E-mail
User Rating: / 1
Written by admin   
Saturday, 23 January 2010
  • SEREMBAN,23 Januari 2010: Pertandingan Pertolongan Cemas Peringkat Kebangsaan 2009 yang ditangguhkan pada tahun lepas akan diadakan semula pada tahun ini di tempat yang sama iaitu di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah pada 12 hingga 14 Mac nanti. Pihak BSMM Cawangan Negeri Sembilan dan IPK telah bersetuju untuk meneruskan program tersebut yang terpaksa ditangguhkan pada tahun lepas akibat wabak H1N1. Pelbagai persiapan telah dirancang dan akan dilaksanakan bagi menjayakan program ini terutama bagi pihak tuan rumah BSMM Cawangan N. Sembilan dengan bantuan IPK. Harapan kita agar program ini akan berjaya dijalankan dengan baik dan lancar dan mendapat sokongan semua BSMM Cawangan di seluruh Malaysia. 

  • Sekian, Harap Maklum

  • Admin2...  
Last Updated ( Saturday, 23 January 2010 )
 
H1N1 PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Written by admin   
Thursday, 01 October 2009
 

VIRUS H1N1

Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini.  Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada.  Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian.

Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, untuk membendung wabak pandemik di Malaysia (to slow down the spread), aktiviti kawalan dan pencegahan yang sedia-ada akan diteruskan melalui langkah-langkah pencegahan dan mitigasi. Langkah pencegahan dan mitigasi ini perlu diambil bagi memastikan kes-kes

yang berisiko dikenal pasti dan diambil tindakan awal untuk mengelakkan komplikasi. Orang ramai adalah diminta untuk sama-sama mengambil bahagian dalam menangani pandemik ini.

Aktiviti-aktiviti yang sedia ada akan dikaji dari masa ke semasa untuk memastikan pelaksanaan aktiviti kawalan  dan pencegahan yang cekap dan berkesan agar penularan kes  di Malaysia dapat dikurangkan ke tahap yang minima.

 

Apa itu Fasa Mitigasi (Peredaan)

Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai. 

Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan kesengsaraan dan kematian akibat penyakit ini, melambatkan jangkitan penyakit dan mengurangkan kesan terhadap gangguan perkhidmatan utama.

 

Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?

  1. Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun

  2. Individu berusia 65 tahun dan ke atas

  3. Kanak-kanak dan remaja (< 18 tahun) yang menggunakan terapi aspirin untuk jangkamasa yang panjang

  4. Wanita mengandung

  5. Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus 

  6. Dewasa dan kanak-kanan yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression)

  7. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain

 

Peranan Masyarakat Semasa Fasa Mitigasi

Masyarakat perlu mengetahui cara virus ini merebak.

  • Influenza A (H1N1) virus berjangkit dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair, (yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin).

  • Mana-mana individu yang berhubung rapat (lebih kurang 1 meter) dengan individu yang mengalami gejala selesema (demam, bersin, batuk, hidung berair, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit akibat dari titisan cecair.

  • Oleh itu, masyarakat perlu mengambil langkah pencegahan berikut:

    1. Amalkan kebersihan diri dan adab batuk yang betul

    2. Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah, tempat kerja atau pengangkutan awam

    3. Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat

      • Tiada bukti kukuh mengenai keberkesanan memakai mask di tempat awam. Namun, ia telah digunakan dalam ruang yang sesak/tertutup apabila berhubung dengan individu yang mengalami gejala selesema

      • Individu boleh memakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) di rumah dan di kalangan masyarakat, terutamanya jika mereka berhubung rapat dengan individu yang mengalami gejala influenza, contohnya semasa menjaga ahli keluarga yang sakit.

      • Penggunaan mask membolehkan individu yang mengalami gejala influenza untuk menutup mulut dan hidung mereka bagi menghalang titisan cecair dari tersebar,  salah satu kaedah adab batuk yang betul/baik.

      • Surgical mask juga disyorkan kepada golongan yang berisiko tinggi apabila berada di kawasan yang sesak.

    4. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari menjangkiti mereka yang menjaga pesakit.

    5. Sekiranya gejala influenza semakin teruk, pesakit hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di hospital.

    6. Sekiranya individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejala influenza, segera dapatkan rawatan awal

    7. Elakkan berada di kawasan sesak dan seboleh-bolehnya tangguhkan/ batalkan / kurangkan menghadiri majlis keramaian

    8. Dapatkan maklumat terkini mengenai situasi semasa dari sumber yang boleh dipercayai seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
Last Updated ( Thursday, 01 October 2009 )
 
PERKHEMAHAN LINK 2009 PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Written by admin   
Tuesday, 29 September 2009
13 JULAI 2009: Perkhemahan Link Peringkat Daerah Jempol dan Jelebu telah diadakan pada 13 hingga 15 Julai 2009 di Pusat Ko-Kurikulum (SMK. Jelai Lama), Bahau yang dikelolakan oleh SK.(F) Bandar Baru Serting dengan kerjasama J/Kuasa Teknikal PBSM Sek. Rendah PPD Jempol/Jelebu dan Unit VAD Cabang Jempol.  Seramai 87 orang peserta dan 21 orang guru pemimpin telah terlibat dalam menjayakan perkhemahan ini. 
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang perkhemahan tersebut, antaranya ialah:
 
i.   Sejarah Palang Merah dan Bulan Sabit Merah
ii.  Pengenalan Pertolongan Cemas Junior
iii. Kem Kraf
iv. Malam Kebudayaan
v.  Aktiviti Kembara Malam
vi. Kuiz PBSM Pkt Daerah
 
Tahniah diucapkan kepada En. Nizamuddin bin Zaizakrani, Guru Besar SK. (F) Bandar Baru Serting dan barisan guru-guru pemimpin sekolah tersebut kerana telah berjaya mengelolakan perkhemahan link pada tahun ini. Perkhemahan ini juga merupakan julung-julung kali diadakan secara bersendirian tanpa bergabung dengan Unit Belia Sekolah Menengah. Majlis penutup perkhemahan telah disempurnakan oleh Encik Muttakal bin Haton, Penolong PPD Jempol / Jelebu.      
Last Updated ( Tuesday, 29 September 2009 )
 
Selamat Hari Raya Aidilfitri PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Written by admin   
Thursday, 17 September 2009
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri dari Warga BSMM Cabang Jempol. Berhati - Hati di Jalanraya
 
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>

Results 1 - 10 of 18
Search
Imbasan Aktiviti...
rds18.jpg
Kalendar
Sep
06
2010
Today